Sinopsis

Drama Hero sebanyak 13 episod telah ditayangkan di saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memaparkan kisah sebenar pengorbanan anggota bomba dalam menyelamatkan nyawa manusia dan harta benda.
Ia mengisahkan Khalid seorang anggota bomba yang begitu komited walaupun mengalami pelbagai dugaan, cabaran dan liku-liku kehidupan sebagai seorang anak muda, tunang, kawan dan kerjaya bomba beliau.
Setiap insan rapat yang terkorban dalam nahas kebakaran memberi impak dan kesan kepada dirinya. Tekanan demi tekanan membawanya kepada penemuan sebenar dalang dalam setiap bencana yang beliau alami selama ini. Dalang yang membawa kepada permusuhan dan persengkataan antara 'Hero' dan musuh sebenar beliau.
Kehidupan, cabaran, persengketaan, aksi dan percintaan kesemuanya dinaskahkan oleh pengarah aksi terkenal Bade Haji Azmi di dalam drama Hero.
Dibarisi oleh pelakon terkenal tanahair seperti Sharnaaz Ahmad, Tiz Zakyah, Fezrul Khan, Rusdi Ramli, Afzan Rahman, Datin Anne Ngasri, Hasnul Rahmat, Mubarak Majid, Azizah Mahzan, Tengku Fiella, Amai Kamarudin, Akmal Rahman, Rahim Jailani dan ramai lagi.

LATEST NEWS

Disebut Drama Paling Hebat Abad Ini, HERO Tampilkan Situasi Sebenar Tugas Menyelamat Anggota Bomba

Kalau kita lihat di laman sosial, ramai orang ‘bash’ kononnya pengarah drama hanya tahu buat cerita cinta dengan tajuk yang […]

Firefighters Series ‘Hero’ Among The Most Expensive Local TV Drama, Don’t Miss The Last Episode Tonight

Audience have been fortunate to see a glimpse of the life chronicles and the ups and downs of local firefighters, […]

Darling selesa di belakang tabir

Pelakon yang kini aktif dalam bidang penerbitan drama, Darling Ngasri mengakui semakin selesa bekerja di belakang tabir. Malah, Darling atau […]

See all our news
web counter free